Searching...

ANAK OKU DICACI DI TAMAN


Petang tadi, dia, Iskandar Mirza, buat hal di Taman Adda Height.

Tengah sibuk bagi ikan makan di kolam, tiba-tiba ada budak perempuan menangis atas dukung ibunya. Tiba-tiba Is terus buka dan ambil kasut budak itu, campak ke dalam kolam sambil dia tergelak-gelak.

Tergamam kejap. Rasa nak terjun saja ke dalam kolam itu untuk ambil semula kasut itu tetapi tidak mampu.

Saya cuba meminta maaf beribu kali pada ibu budak itu sambil cakap yang Iskandar ini Orang Kelainan Upaya (OKU).

Seluk poket, yang ada hanyalah RM10 dengan niat nak mengganti dan terus hulur pada dia. Dia jawab,

"Ingat kasut ini harga RM10 ke? Anak OKU eh? Lain kali jangan bawa ke sini. Berani campak barang orang. Suatu masa nanti, anak orang pun dia boleh campak," katanya.

Kemudian, anak bujangnya pula turut menegur.

"Makcik, lain kali jangan bawa dia ke sini. Duduk rumah sahaja," katanya.

Pada masa itu jugalah mama dah berjuraian air mata. Nauzubillah. Mudah-mudahan itu buka ndoa. Minta dijauhkan.

Tak tahu nak cakap apa dah. Nak marah Is, bukan dia faham pun sebab mama saja yang faham apa yang dia buat itu adalah bergurau cara dia. Tapi memang salah pun.

Apa lagi nak buat? Menangis saja yang termampu selepas sudah bermacam-macam perkara yang dia buat hari ini. - NORMAIZA AB RAHIM

Menurut rakan kepada Normaiza, Mansur Hj Mohd Noh, insiden itu berlaku pada 7 Ogos, Jumaat pada jam 6 petang di Tasek Taman Adda Height, JB.

"Si ibu kepada anak autistik (OKU) yang berusia 9 tahun ini bukannya sedih kerana cacian tetapi dia sedih dengan nasib anak autistiknya, Iskandar Mirza.

"Dalam kes ini jangan salahkan anak autistik dia. Budak autistik ini memang tidak tahu apa-apa. Dia hanya tahu makan, minum dan bermain sahaja kerjanya. Dia tidak akan mencederakan apatah lagi membunuh orang lain.

"Yang perlu disalahkan adalah ibu bapanya. Siapa suruh dia lahirkan anak autistik?

"Oleh itu, saya merayu kepada ibu kepada anak kecilnya yang dibuang kasut oleh Iskandar Mirza ini, jika puan terbaca status ini atau kawan-kawannya yang mengetahui hal ini agar dapat menghubungi saya untuk menggantikan kasut anaknya di mana-mana kedai kasut yang disukainya. Berapa sahaja harganya saya sanggup bayarkan," katanya. - SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!