Searching...

Benarkah kisah orang lelaki orang asli yang bertuah ini dapat berkahwin dengan wanita prang putih?

Viral di laman sosial gambar dan kisah mengenai seorang lelaki yang dipercayai orang asli yang disifatkan sebagai sangat bertuah apabila mengikat ikatan pernikahan dengan seorang wanita cantik mat saleh.

Benarkah kisah orang lelaki orang asli yang bertuah ini dapat berkahwin dengan wanita mat saleh?

Berita perkahwinan mereka ini dilaporkan pada Sabtu, 8 Ogos, 2015 di mana lelaki yang dikenali dengan nama Bayu Kumbara dibanjiri dengan ucapan tahniah dari pengguna laman sosial apabila dapat mengahwini wanita yang sangat diidam-idamkan olehnya sepeti yang anda lihat pada gambar di atas.

Wanita yang menjadi isterinya adalah Jennifer Brocklehurst adalah lulusan Anthropology yang berasal dari Bridgewater, United Kingdom.

Jennifer ada berkongsi dan menceritakan detik pertemuan mereka. Pada masa itu, Jennifer dalam percutian di Sumatera dalam bulan Januari dan telah bertemu dengan Bayu. Percutiannya di pulau Sumatera itu menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka.

Walaubagaimanapun, Jennifer akui terdapat banyak halangan yang bakal ditempuhinya. Bukan hanya bahasa di perantauan malah kos untuk melangsungkan perkahwinan juga pastinya sangat tinggi.

Jennifer juga harus membawa ibu bapanya ke tempat itu untuk menyaksikan detik bersejarah dalam hidup mereka iaitu perkahwinan mereka.

Akhirnya, Jennifer mengambil keputusan untuk meminta pertolongan di laman tilt.com dan meminta 2500 pound sterling (kira-kira 50 juta rupiah) untuk kos membawa ibu bapanya dari England ke Indonesia. Namun, mereka hanya mendapat 1000 pound sahaja (kira-kira 21 juta rupiah).

Perkahwinan mereka tetap diteruskan dan akhirnya tersebarlah gambar perkahwinan mereka berdua. Lihatlah kegembiraan yang terukir di wajah Bayu dan Jennifer. Tahniah!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!