Searching...

Guru Matematik Bebas Dari Tuduhan Rogol Murid Tuisyen

FADDIL memeluk ibunya Sabariah Abd Hamid selepas dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan rogol. FOTO Hazreen Mohamad

Seremban: Seorang guru matematik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi daripada dua pertuduhan merogol murid tuisyen berusia 12 tahun pada 14 dan 15 September tahun lalu. 

Hakim Datuk Anita Harun membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan hari ini selepas mendapati tertuduh, Mohd Faddil Abdul Rahman,39, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Beliau antara lain berkata, mahkamah menerima keterangan saksi pembelaan ketiga iaitu pakar andrologist yang menyatakan tertuduh mengalami masalah mati pucuk ketika kejadian rogol itu didakwa berlaku. 

Mengikut pertuduhan,Mohd Faddil didakwa merogol murid perempuan itu masing-masing pada 14 September jam 9 malam dan jam 8 malam,15 September 2013. Dia berdepan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun jika disabitkan kesalahan Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu. 

Pendakwaaan dijalankanTimbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam John Fernandez. -hmetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!