Searching...

Al-Fatihah: Najib Henti Seketika Ucapan dan Umum Kepulangan ke Rahmatullah TGNA


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri satu majlis di sini, malam ini telah menghentikan ucapannya seketika apabila dimaklumkan tentang berita kepulangan ke rahmatullah bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Najib ketika itu sedang berucap pada majlis sambutan ulang tahun Yayasan Pendidikan Cheras, apabila diberitahu oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai kepulangan ke rahmatullah Nik Abdul Aziz.
Beliau kemudiannya mengumumkan berita itu kepada hadirin, yang terdiri daripada guru-guru sekolah di sekitar Cheras, yang telah membuatkan kesemua para hadirin terkejut dengan berita sedih itu.

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberhentikan seketika ucapannya di sebuah majlis, lalu meminta kesemua hadirin sama-sama membaca Al-Fatihah sebaik sahaja menerima berita bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia, malam tadi.
Najib ketika itu menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15, Yayasan Pendidikan Cheras di sebuah hotel di ibu negara.
Sumber Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Najib akan berlepas ke Kelantan pagi esok untuk menziarahi jenazah Allahyarham.
Sebelum ini, beliau sempat ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk berziarah ketika Allahyarham masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menziarahi Nik Abdul Aziz di hospital sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menziarahi Nik Abdul Aziz di hospital sebelum ini.
Menerusi satu status yang dimuatnaik di laman sosial, Najib menyatakan perasaan sedihnya atas pemergian Nik Aziz yang disifatkan sebagai seorang pemimpin dan ilmuwan Islam yang banyak berjasa.
IMG-20150212-WA0036
Najib ketika pentadbiran Nik Aziz sebagai Menteri Besar negeri Cik Siti Wan Kembang, kerap melakukan lawatan ke negeri tersebut dan dilihat mempunyai hubungan baik dengan Allahyarham.
120215NajibNikAziz_1
Pemergian Nik Aziz meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh negara tanpa mengira pegangan politik, apatah lagi dalam kalangan rakyat Kelantan.
IMG-20150212-WA0034
Syarikat terkenal milik anak Pantai Timur, Mydin Mohamed Holdings antara yang terkesan lalu memaklumkan bahawa alunan ayat suci al-Quran akan diperdengarkan di kesemua cawangan Mydin esok, sebagai tanda menghormati pemergian Allahyarham.
- MYNEWSHUB.CC
Perdana Menteri kemudian mengajak hadirin untuk menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham, dan mendoakan roh Nik Abdul Aziz ditempatkan bersama-sama golongan solihin, sebelum meneruskan ucapannya.
Najib kemudian dalam akaun Twitternya, turut melahirkan rasa sedih dengan pemergian ke rahmatullah Nik Abdul Aziz.
“Innalillahiwainnailahirojiun. Saya sedih mendengar Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah,” kata Najib.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laman twitternya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dengan catatan “saya dengan penuh rasa dukacita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Aziz.
“Moga roh beliau ditempatkan bersama-sama hamba2Nya yang soleh,” kata Muhyiddin.
Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Baharu, Kelantan pada kira-kira 9.40 malam ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!