Searching...

BIJAK! Ribuan Penyokong Anwar Terpedaya Taktik PDRM Keluar Dari Istana Kehakiman

Lensa kamera MalaysiaGazette sempat merakam kenderaan Nissan X-Trail yang membawa Anwar keluar dari Istana Kehakiman.foto, NOOR ASRIEYKUZAIREL SALIM, 10 Februari 2015.
Lensa kamera MalaysiaGazette sempat merakam kenderaan Nissan X-Trail yang membawa Anwar keluar dari Istana Kehakiman.foto, NOOR ASRIEYKUZAIREL SALIM, 10 Februari 2015.
Sebaik sahaja keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah kes liwat hari ini, para penyokongnya telah 'mengepung' Istana Kehakiman.
Penyelaras perhimpunan, Fariz Musa mengarahkan penyokong berkumpul di bahagian belakang mahkamah atas alasan mahu berjumpa kali terakhir dengan Anwar sebelum dipenjarakan.
Namun, mereka dihalang oleh pasukan FRU dan polis bertugas untuk memasuki rapat ke mahkamah.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada taktik sendiri mengelakkan kenderaan membawa Anwar dihalang penyokong-penyokongnya.
Menurut sumber, semasa konvoi bergerak keluar, kenderaan yang membawa Anwar - Nissan Xtrail berwarna kelabu memasuki kawasan tempat letak kereta hakim di bangunan mahkamah terlebih dahulu manakala trak FRU dibelakangnya terus keluar ke jalan belakang mahkamah.
Semasa trak FRU dan PDRM berkenaan dikerumuni penyokong Anwar tetapi kenderaan SUV yang membawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terus keluar menerusi jalan di pintu hadapan mahkamah.
Taktik itu berjaya mengelirukan penyokong Anwar itu menjadikan usaha membawa Anwar ke Penjara Sungai Buloh berjalan lancar tanpa sebarang kejadian buruk.
Walaupun terdapat sekumpulan penyokong Anwar menunggu di bahagian hadapan Istana Kehakiman namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana sekeliling Istana Kehakiman dibahagian hadapan telah dipagar sejak awal lagi.
Difahamkan, pasukan elit PDRM, Sting mengiringi kenderaan membawa Anwar dan sekumpulan Komando 69 juga ditugaskan mengawal di Penjara Sungai Buloh.--MalaysiaGazette

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!