Searching...

ATM TIADA NOTE RM10 MENYEBAB TIDAK DAPAT BAWA ANAK KE KLINIK


Melalui rencana yang ditulis oleh seorang kolumnis Mingguan Malaysia, Awang Selamat di mana beliau telah berkongsikan kisah suami, isteri dan dua anak kecil - menaiki motosikal meredah hujan untuk ke bank bagi mengeluarkan wang tunai menerusi mesin ATM, baru-baru ini.

Bagaimanapun si suami ternyata kecewa kerana ATM berkenaan tidak mempunyai wang RM10 sedangkan di mempunyai baki wang lagi tetapi bawah RM50 di dalam akaun simpanannya.

“Maka keluarlah lelaki itu dengan wajah hampa.

Lebih-lebih lagi tujuan untuk mengeluarkan wang adalah bagi membawa anak kecilnya ke klinik," katanya.

Kerana keadaan yang mendesakkan kini juga Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum ini pernah menggesa supaya Institusi-institusi perbankan di negara ini membekalkan lebih banyak wang kertas RM10 dalam mesin ATM.

Menurut Awang, cadangan Cuepacs itu telah mendapat perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika ulang tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.

Pada padangan baginda Sultan Nazrin, ada masa tertentu ramai pemilik kat ATM tidak mempunyai baki minimun RM50 dalam simpanan mereka di mana keadaan ini menunjukkan hakikat yang keupayaan menabung rakyat terutama di kalangan bumiputera adalah rendah kerana kesempitan hidup.

“Berdasarkan maklum balas ramai, hampir rata-rata bank tidak menyediakan banyak wang kertas RM10, menyebabkan selalu berlaku kekurangan di mesin-mesin ATM.

“Akhirnya rakyat termasuk para pelajar universiti dan kolej selalu kecewa kerana bank tidak mampu memenuhi permintaan mereka yang sangat kecil iaitu RM10,” katanya. - SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!