Searching...

PEMAIN RAGBI TELAH TERTEWAS DENGAN KANAK-KANAK 4 TAHUN.


Seorang budak lelaki berusia empat tahun yang berjaya ‘mengalahkan’ pemain ragbi pasukan Quensland dan New South Wales (NSW).

AKSI mencuit hati seorang budak lelaki berusia empat tahun yang berjaya ‘mengalahkan’ pemain ragbi pasukan Quensland dan New South Wales (NSW) pada perlawanan liga amal baru-baru ini berjaya menambat hati netizen.

Kanak-kanak terbabit yang dipercayai ‘terlepas’ di kawasan padang secara tiba-tiba muncul ketika kedua pasukan berkenaan sedang rancak bermain.

Menyedari kehadiran kanak-kanak tersebut, pemain daripada NSW bertindak cemerlang dengan ‘menyerahkan’ bola kepada kanak-kanak terbabit untuk dihantar terus ke garisan percubaan.

Menerusi video berdurasi 55 saat itu, kedua pasukan kelihatan turut mengacah kanak-kanak terbabit dengan cuba merampas bola darinya.

Saat dramatik di tengah padang itu berakhir apabila pemain dari pasukan Queensland, Robbie O’Davis mengangkat kanak-kanak tersebut dan meletaknya di garisan bagi melakukan aksi ‘try’.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan berkenaan kerana memberikan semangat kesukanan yang baik kepada orang ramai. – SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!