Searching...

FBI BAKAL JUTAWAN DENGAN PERNIAGAAN YANG DICEBURINYA

UNTUK MENDAPAT INFO TERKINI, SILA LIKE FACEBOOK

SAH FBI LETAK JAWATAN SEBAGAI PENYAMPAI HOT FM
Penyampai radio popular, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI mengejutkan ramai pagi tadi apabila mengeluarkan kenyataan peletakkan jawatannya dari Hot FM di Twitter.


Ekoran tindakannya, ramai yang tertanya apakah benar dia telah berhenti dari Hot FM? Dan jika benar, apakah alasannya? Yang pasti, ini sekaligus membuka ruang kepada pelbagai spekulasi. Antaranya, siapa yang bakal mengisi kekosongan FBI di AM Krew?

Sebentar tadi pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah menghantar satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan mengesahkan tentang perletakkan jawatan FBI.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."




Kredit :www.gua.com.my


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!