Searching...

BURUK PERANGAI IBU BIARKAN ANAK BERAK DALAM PESAWAT


CHINA - Penumpang pesawat Shenzen Airlines ZH9709 dari Nanjing ke Guangzhou pada Ahad lalu mengadu pasangan suami isteri membenarkan anak mereka membuang air besar di bahagian belakang kabin.

Mereka membiarkan anak mereka berbuat demikian walaupun kedua-dua tandas dalam kapal terbang kosong pada ketika itu, menurut saksi.

Pramugari juga turut melihat kanak-kanak itu membuang air besar di belakang kabin sebelum pesawat berlepas. Ibu dan juga saudaranya kelihatan selamba membiarkan kanak-kanak itu membuang air besar di dalam kabin seperti di dalam tandas cangkung.

Apabila ditanya mengapa tidak menggunakan tandas yang disediakan, ibunya menjawab, "tandas pesawat terlalu kecil dan kami bertiga tidak dapat masuk. Di luar ini lebih luas dan selesa,".

Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan penumpang dari China. Pada musim panas yang lalu, sebuah keluarga Cina dilaporkan menyuruh anak-anak mereka berniaga dalam pesawat Delta Airlines dalam penerbangan dari Beijing ke Amerika Syarikat. - sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!