Searching...

FLASH BACK: VIDEO MIKROFON ZIANA ZAIN SEMASA MENYANYI DI KLFW2015 JADI VIRAL



Penyanyi terkenal Malaysia, Ziana Zain.

ACARA Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2015) yang berlangsung baru-baru ini ternyata mencoretkan pelbagai cerita sensasi dan kisah kontroversi mengenai beberapa selebriti tempatan yang hadir.

Antaranya, muncul satu kisah menarik dan lucu yang menimpa penyanyi bervokal lantang, Ziana Zain apabila mikrofon yang digunakan tiba-tiba ‘terbang’ atau dengan ayat lebih tepat terpelanting.

Insiden lucu itu dilaporkan berlaku ketika dia membuat persembahan pada majlis kemuncak berkenaan sekali gus mengundang tawa tetamu yang hadir apatah lagi tersebar menjadi viral di media sosial.



Mengulas mengenai kejadian itu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, berkata, semuanya gara-gara losyen yang dipakai pada tangannya.

“Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

“Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi,” katanya yang dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, ternyata diva popular ini bijak mengawal keadaan dengan mengambil semula mikrofon yang terjatuh itu dengan penuh yakin sambil menberi ucapan ‘Thats it, Thank You!‘.

Sikap profesional Ziana turut membuatkan tetamu yang hadir berdiri dan bersorak selepas habis nyanyian tersebut. –

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!