Dek kerana perkara tersebut, seorang jurarawat wanita tampil untuk memberikan pendapat mengenai tuduhan liar seperti mana yang dikatakan oleh individu itu.
Menerusi laman Facebook Putry Al Wafa, dia yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital membalas tuduhan lelaki tersebut di dalam perkongsiannya.
Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati.
Semoga saya dan kawan-kawan Nurse yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredhai Allah taala.
Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai Nurse WANITA langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.
Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata kami “sebok nak tengok kote pesakit lelaki sahaja”
Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan TERIMA KASIH kerana menghina.
Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.
“Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat.
“Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang wanita,” tegasnya.
Majoriti pengguna yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam tuduhan tidak berasas lelaki tersebut.
“Fitnah itu adalah satu dosa…mmfitnah nurse tu mndtgkn dosa…dosa mmfitnah itu ibarat mmbunuh org…jika niat nurse nk tolong orang sakit,,,tp kita mndai2 fitnah niat org pon mcm mmbnuh…ingat skit,,,hdup mati dtgan Allah,,sakit ke,x ke….dtgan Allah jugak…bru Allah bg akal n kpndaian tu,,takbur pulak ckp dia nih….xtau la ap nak jd ngn dia ni..,” kata Sesuci Hati Dhia
“Kenapalah prasangka negatif lelaki ni.. Tugas kami merawat dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang dengan sihat…,” kata Mma Aini Ahmad .
“Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun,” kata Kenji Faizal.
Inilah yang dikatakan padah mulut binasa, hasil tinjauan kami di laman sosial mendapati individu yang mengeluarkan kenyataan tidak berasas tersebut telah menyahaktifkan akaun Facebooknya. sumber
0 comments:
Post a Comment