KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengarahkan SKMM supaya segera membuat pertemuan dengan penyedia platform media sosial - Facebook, Google dan Twitter - bagi mendapatkan kerjasama mereka bagi mengekang penyebaran maklumat palsu di Malaysia.
"Terdapat undang-undang di Malaysia yang mentadbir penyebaran maklumat palsu dan belum disahkan, dan adalah salah di sisi undang-undang jika maklumat itu dimuat naik dan disebarkan kepada umum.
"Pada masa ini, meskipun pihak berkuasa boleh menyekat akses atau menghalang aplikasi seperti itu, mereka tidak akan berbuat demikian memandangkan majoriti pengguna media sosial menggunakan aplikasi berkenaan secara positif dan bukan bagi tujuan negatif atau untuk mencela," kata beliau di blog rasmi miliknya. - Siakapekeli.my
Sumber : mstar
0 comments:
Post a Comment