Searching...

KELIRUKAN RAKYAT - BEZAKAN ANTARA MENGGULINGKAN NAJIB DENGAN MENGGULINGKAN KERAJAAN

FOTO: FMT

PETALING JAYA : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak seharusnya mengelirukan rakyat untuk membezakan antara menggulingkan kerajaan dan menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Zahid tidak seharusnya membesarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan perkara yang lebih besar kerana sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tahu mengenai perkara yang sebenarnya.

Menurutnya, Zahid harus sedar ketidakstabilan, kekecohan dan kemurungan yang dialami rakyat negara ini kerana Najib mempertahankan takhtanya dan sengaja tidak mahu menghayati perasaan rakyat terhadapnya dan isterinya sebaliknya lebih menyalahkan ‘kejahatan’ media sosial.

“Hakikat ini tidak benar sama sekali kerana tentangan tidak sahaja datang daripada orang luar,dari orang atas pagar dan juga dari penyokong-penyokong setia UMNO tetapi juga oleh kepemimpinan UMNO secara tersirat dan tersurat.

“Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sendiri telah mengkritik usaha untuk membendung dan menekan suara kebangkitan ini secara yang tidak demokratik,” katanya menerusi entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Zainuddin atau Zam berkata, kritikan Muhyiddin tidak boleh dipandang kecil kerana beliau telah dipilih ke jawatannya secara demokratik oleh ahli-ahli UMNO.

Menurutnya, orang Melayu khususnya orang UMNO sendiri juga telah sampai ke peringkat sanggup meminta ‘dikencingkan’ Najib bukan kerana mereka tidak sayang kepada UMNO tetapi mereka mahu Najib diceraikan dari UMNO.

Tambahnya, pentadbiran negara oleh Najib yang ‘flip flop’ dari peringkat parti hingga kepada negara sehinggakan tidak dihormati oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan sendiri.

“Malah kita boleh bertanya kenapakah Naib Presiden UMNO Datuk (Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) sendiri menyatakan ketakutan terhadap masa depan UMNO. Apakah jika kepimpinan menyakinkan beliau akan bimbang dan takut.

“Bagaimanakah poster-poster anti Najib boleh dinaikan dan terbiar beberapa hari di Johor sedangkan Menteri Besar sendiri adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri. Adakah MB tidak tahu atau MB sendiri tidak berani memerintah diturunkannya? Kenapa MB tidak kutuk perbuatan biadab ini di negerinya sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zainuddin turut mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan hubungan antara Istana Johor dengan Perdana Menteri adalah baik.

“Rakyat hanya akan percaya jika datang dari jurucakap rasmi Istana Johor sendiri . Bilakah Puad di lantik menjadi jurucakap Istana Johor atau hidung tak mancung pipi tersorong-tersorong?,” soalnya. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!