Searching...

7 Sebab lelaki tak handsome di malaysia selalu dapat awek persis


Perasan atau tidak, bila jalan-jalan di shopping mall, mesti tengok ramai couple yang macam langit dan bumi bezanya kan?

Awek punyalah lawa, putih melepak. Kalau yang pakai tudung tu memang hijabista habis. Tapi, bila tengok boyfriend dia, errrmm.. malaslah nak cakap.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa situasi pelik ini berlaku kan? Nah, baca dan terimalah kenyataan bahawa dunia ini memang tidak adil. Dah memang perempuan tu suka apa boleh buat hehe.

1. Poket tebal

Hooi! Kalau korang nak tahu, kebanyakan lelaki tak handsome ini mempunyai kewangan yang handsome. Mungkin lepas ni boleh buat kajian mengenai hipotesis ‘makin tak handsome, makin kaya’.

2. Ada sense of humor yang tinggi

Korang perasan tak, kebanyakan lelaki yang tak handsome ni memang kaki pak lawak. Dah tentulah gegadis mereka gelak memanjang.

3. Mulut lebih manis daripada muka

Percaya atau tidak, lelaki-lelaki tak handsome ini mempunyai kepakaran dan skil mengayat lebih power daripada si bajet-bajet Aaron Aziz.

Buktinya, korang trylah berchatting dekat mana-mana chat room. Ayat punya manis samai terus jatuh cinta. Bila dah jumpa… Adoiyai. Tapi nak buat macamana, dah terjatuh cinta!

4. Confirm straight!

Sekarang ni kita tak boleh memandang lelaki dengan hanya melihat badan sadonya sahaja kerana kebanyakan mereka mempunyai direction yang pelik-pelik. Hurm..

5. Tak perlu takut kena rampas dengan perempuan lain

Walau secantik mana pun perempuan tu, mereka tetap akan rasa insecure. So, bila ada teman lelaki muka pecah rumah, si gf rasa selamat daripada di sailang oleh wanita lain.

6. Penangan cerita Beauty & The Beast

Ini semua sebab terikut-ikut dengan cerita fairytale. So, nak tunjuklah bahawa true love is everything.

7. Laki tak handsome lebih ‘sedar diri’

Maksudnya, mereka akan lebih hargai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh kekasih hati. Takde istilah nak curang sebab mereka rasa sangat teruja dapat si cantik jelita.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!