Searching...

Pemandu Myvi Terlibat Dalam Kemalangan di Lebuhraya DUKE Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR: Dua orang pemandu kereta jenis Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya DUKE baru-baru ini mengaku tidak bersalah di mahkamah Majistret Jalan Duta pagi tadi.

Pembantu pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik, Mohammad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.

Mereka telah didakwa memandu secara berbahaya kepada awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuhraya DUKE, Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.


Lagi Gambar Penuh : Disini

Pendakwaan ini dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan telah menetapkan wang jaminan RM9000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, lesen memandu dan pasport antarabangsa kedua-dua mereka telah digantung dan diserahkan kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes. - Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!