Searching...

Inikah Nadia Adha seorang guru bakal isteri Fahrin Ahmad ?

Ramai yang tertanya-tanya identiti bakal isteri Fahrin Ahmad yang akan dinikahi pada Sabtu ini. Fahrin telah menjelaskan yang bakal isterinya bukan dari golongan selebriti, sebaliknya hanyalah wanita biasa.

Nadia_fahrin%2B2.jpg

Melalui carian admin di laman sosial seorang wanita jelita yang di kenali dengan nama Nadia Adha adalah insan yang paling rapat dan mesra dengan Fahrin beberapa keping gambar mereka berdua bersama yang kelihatan begitu mesra menguatkan lagi bahawa Nadia adalah bakal isteri Fahrin.

Namun identiti gadis bertuah itu hanya akan diketahui pada majlis pernikahan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Kata Fahrin Ahmad:-

Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu. Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti. Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti.

Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini. Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.


Nadia_fahrin%2B6.jpg

Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya
Ramai gadis-gadis di luar sana yang melahirkan rasa sedih mendengar berita pernikahan Fahrin Ahmad ini. Apa pun, respek Fahrin kerana berjaya menyorokkan percintaannya sehingga tidak dapat dihidu oleh media. Tup-tup nak nikah dah.Tahniah Fahrin. Tak sabar nak tengok wajah bakal isteri anda Sabtu ini.

Nadia_fahrin%2B5.jpg

Nadia_fahrin%2B1.jpg

Nadia_fahrin%2B7.jpg

Nadia_fahrin.jpg

Nadia_fahrin%2B10.jpg

Jika benar lah insan yang betuah itu Nadia maka tepat lah sangkaan admin yang dah tak ubah seperti nujung pak belalang,Semoga segalanya berjalan lancar. - Sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!