Searching...

"BUKAN MUHYIDDIN...." - ZAHID

foto : Peraktoday
Manjung: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tokoh UMNO yang menjadi dalang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri bukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid Hamidi berkata, dia rapat dengan Muhyiddin dan tahu siapa dalang itu sebenarnya.

Tambahnya juga, dia mempunyai maklumat dan bukti kukuh mengenai tokoh UMNO yang dimasudkan olehnya.

"Perkara ini bukan main-main, melalui pakatan ini mereka kononnya ingin mewujudkan kerajaan bersatu apabila Perdana Menteri ketika ini dijatuhkan.

"Saya ingin jelaskan tokoh berkenaan bukan Tan Sri Muhyiddin...jangan salahkan beliau. Ada individu lain yang lakukannya dan saya terpaksa beritahu perkara ini kerana saya rapat dan hormat pada Tan Sri Muhyiddin," katanya memetik laporan myMetro

Zahid Hamidi turut menegaskan pihaknya dan kempimpinan UMNO sanggup menitiskan darah untuk menentang pihak berkenaan. - SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!