Hanya kerana tidak bersetuju dengan kekasihnya yang mahu membawa dua anak mereka ke rumah ibunya, seorang lelaki Evangelino Olivas Colon, 32, hilang pertimbangan dan bertindak kejam dengan memotong lidah serta mencungkil mata kekasihnya itu.
Kejadian berlaku di hadapan dua anak mereka yang berusia enam bulan dan tiga tahun.
Ia menyebabkan ibu muda itu, Filis Elizondo Orellana, 17, kritikal dan kini bertarung nyawa di hospital dalam insiden yang dilaporkan berlaku di Romania itu.
Colon juga dikatakan turut memukul gadis itu dengan kapak menyebabkan muka dan tengkoraknya retak.
Menurut jiran pasangan belum berkahwin itu, Alina Medrea, 59, dia mendengar suara Orellana menjerit dan kemudiannya berhenti sebelum kedengaran tangisan kanak-kanak terbabit.
“Saya kemudiannya berlari ke rumah mereka dan amat terkejut, seolah-olah menyaksikan filem seram.
“Gadis itu terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah manakala sebelah matanya hilang. Anaknya pula berada dalam ketakutan,’’ katanya yang dipetik dari sumber.
Kata sumber itu lagi, Colon telah ditangkap dan berdepan penjara 20 tahun kerana cubaan membunuh.
Menurut jurucakap polis, ia merupakan keganasan domestik paling menakutkan yang pernah disaksikan seumur hidupnya.
“Lelaki itu kini ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah,’’ kata anggota pihak berkuasa berkenaan - AGENSI
0 comments:
Post a Comment