KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2015: Mengikut perancangan, penyanyi hitam manis, Nurul Depp sepatutnya melahirkan bayi kedua hasil perkahwinannya bersama jejaka Perancis, Eric Depp pada Februari akan datang.
Namun kerana masalah pendarahan akibat kedudukan urinya yang berada di bawah rahim, maka Nurul Depp telah dimasukan ke hospital sejak awal Ahad lalu.
Nurul Depp di dalam blognya menulis, dia telah dinasihati oleh pihak doktor supaya mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum melahirkan seorang lagi putera dalam masa terdekat.
Malah apa yang lebih mencabar kerana penyanyi Tika Cinta itu terpaksa memandu sendiri ke hospital berhampiran seawall jam 6 pagi kerana ketiadaan suami tercinta yang ketika itu berada di Orissa, India.
“Aku sampai di bahagian kecemasan jam 6.55 pagi. Main pandu je kereta. Dah nak cepat. Nasib baik tak jauh. Hanya 5 minit dari rumah jika tanpa sebarang kesesakan lalu lintas.
“Dia (Eric)yang sibuk di Orissa sepanjang hari, tak tahu menahu. Aku tak mahu dia hilang kosentrasi bekerja dengan berita aku. Aku biarkan dia habiskan dulu kerjanya. Lewat malam itu, baru aku khabarkan. Lagipun, kalau beritahu awal-awal, bukannya dia boleh balik terus. Jauh sangat!
“Bila Eric dapat tahu, apa lagi… Dia risaulah. Dari mesej pesanan suaranya, memang dia tak terkata apa kerana terlalu risau dan fikir bagaimana keadaan aku. Aku baru memasuki 34 minggu. Menyedari hakikat itu, lagilah dia tak lepas berfikir. Sudahlah dia berada jauh,” tulis Nurul Depp di dalam blognya sebentar tadi.
Menurut Nurul Depp, suaminya itu bagaimanapun telah selamat tiba di ibu negara pada Selasa lalu dan ternyata telah banyak membantu menjaga bayi pertamanya, Zachary termasuk urusan kerja rumah sementara dia berada di hospital.
Tulis Nurul Depp lagi, dia juga sengaja merahsiakan keadaanya kepada kedua mertua yang bakal tiba dari Perancis pada Jumaat ini untuk memberi kejutan juga tidak mahu mewujudkan perasaan risau kepada mereka berdua.
“Jadi, dah tak lama lagi mereka akan sampai ke KL. Harapnya, mereka tak sekodeng blog aku ni sebelum berlepas ke mari. Kata Eric jangan tulis apa-apa dulu.
“Sengaja tak nak beri tahu. Nanti risau sampai tak boleh nak buat apa. Maklum sajalah, orang tua. Risau menantu, risau cucu, risau anak tunggal mereka tu. Biar dia orang dah sampai, dapat tahu dan lihat aku di depan mata. Itu tak apa,” tulisnya.
0 comments:
Post a Comment