Sebuah NGO semalam (Sabtu) membuat tawaran terhadap Koperal Sirul Azhar Umar untuk pulang ke Malaysia dan menghadapi hukuman mati yang telah dijatuhkan kepadanya oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa lalu.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan Pemantau Jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan, tawaran tersebut dilakukan dengan memberikannya tiket penerbangan percuma setelah Sirul yang dilaporkan berada di Australia, tidak mampu untuk pulang ke Malaysia akibat kesempitan duit.
“Sekiranya alasan yang diberikan peguamnya itu sah dan tidak berniat untuk melarikan diri daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan, sudah tentu dia akan menerima tawaran ini dan pulang untuk menghadapi hukuman.”
Umum sedia maklum, Sirul, salah seorang suspek kes bunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah setelah kes tersebut berlangsung selama kira-kira 9 tahun.
Walau bagaimanapun, menurut Sanjeevan, asalan yang diberikan oleh peguambela Sirul itu tidak munasabah dan tak masuk akal!
Bukan itu sahaja, dia turut kesal dengan tertuduh dibenarkan bebas daripada ikat jamin ketika rayuan terhadap pembebasannya sedang dibuat.
“Pergerakannya harus dipantau dengan teliti selepas ikat jamin tetapi bagaimana seorang suspek pembunuhan dalam kes berprofil tinggi boleh keluar negara tanpa dikesan?
Perkara ini perlu disiasat dengan rapi dan perlu malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa negara.”
Pada tanggal 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua-dua suspek setelah dituduh membunuh Altantuya pada 2006. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment