Searching...

Dr Maza Mufti Perlis Larang Datok Ustaz Kazim Elias Berceramah

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) melahirkan rasa kesal dengan tindakan tergesa-gesa Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin yang menyekat Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) menyampaikan ceramah agama di negeri itu.
Alasan yang diberikan kononnya DUKE menggunakan riwayat palsu adalah tidak masuk akal kerana pendakwah itu telah dihukum sebelum diminta untuk memberi penjelasan terlebih dulu, kata Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zain.
"Ketika anak muda dan masyarakat mula tertarik untuk mendekati majlis ilmu, Dr. Asri dilihat cuba untuk menyekatnya.
"Apakah ada rasa kurang senang dalam diri Dr. Asri terhadap populariti DUKE yang semakin meningkat? Ataupun Asri mempunyai agenda tertentu?," soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zamihan memberitahu, pemerhatian ASWAJA terhadap apa yang dibawa oleh DUKE sebenarnya berteraskan kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana.
"Sedarlah bahawa bukan kali pertama Mufti Perlis itu melakukan tindakan gopoh yang menimbulkan kontroversi, malah Asri juga pernah ditangkap oleh JAIS kerana berceramah tanpa tauliah, kerap menyerang kepemimpinan negara seperti Perdana Menteri dalam isu Thaipusam tanpa mendapat penjelasan sebenarnya.
"Apabila perkara itu dibangkitkan, beliau akan mengatakan media yang tersalah petik kenyataannya.
"Apakah alasan sebenar DUKE dihalang daripada berceramah di Perlis hanya kerana beliau berpegang kepada akidah ASWJ dan mengkritik fahaman Wahhabi. Ataupun mungkin DUKE tidak sehaluan fahaman dengan Dr Asri menyebabkan beliau tidak dibenarkan berceramah di Perlis?," soal Zamihan.
Menurutnya, dakwaan menyampaikan riwayat palsu adalah pertuduhan jenayah yang amat berat dalam Islam dan memerlukan bukti yang konkrit untuk disabitkan.
"Jika dakwaan itu tidak benar maka si penuduh boleh dikenakan saman fitnah sebagai pengajaran buatnya.
"Apa yang jelas pegeseran agamawan menjadikan umat Islam berpecah belah dan merugikan umat ini. Maka kita memerlukan agamawan yang konstruktif dalam memberi pandangan sekaligus berupaya membina jati diri ummat dan negara.
"Kita tidak memerlukan seorang mufti yang hanya pandai mencetuskan kontroversi dan provokasi dalam urusan agama," jelasnya.--MalaysiaGazette

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!