Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan Ekspo 'Selangkah Ke UiTM 2015' di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam mulai Sabtu ini.
Ekspo berkenaan bertujuan memberi penerangan mengenai program pembelajaran yang ditawarkan universiti itu kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Diploma.
Ekspo bermula dari 8.30 pagi hingga 5 petang itu akan disertai 24 fakulti di UiTM yang akan membuka gerai dan pameran oleh jabatan, bahagian, pusat dan unit masing-masing.
Jabatan Komunikasi UiTM berkata, sesi taklimat mengenai program yang ditawarkan oleh UiTM akan diadakan secara berterusan sepanjang ekspo itu berlangsung.
Ekspo yang sama juga bakal diadakan di kampus cawangan UiTM di Perlis, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Sabah pada 14 dan 15 Mac, UiTM Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan pada 7 dan 8 Mac manakala UiTM Sarawak pada 13 hingga 15 Mac. - MalaysiaGazette
0 comments:
Post a Comment