Gambar anggota polis membawa keluar barang-barang balu Allahyarham Sarjan Azman yang menjadi viral di media sosial.
SHAH ALAM - Tindakan polis mengarahkan sebuah unit rumah di Perumahan Polis, Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya, dikosongkan 17 Mac lalu adalah wajar setelah mengambil kira aspek kebajikan individu terlibat.
Kelmarin, beberapa keping gambar menunjukkan nasib balu anggota berpangkat sarjan yang dihalau dari kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna Facebook.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, selain memastikan kebajikan balu terbabit, pihak polis turut memikul tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap 1,500 anggota di bawah pentadbirannya.
“Sehingga kini dianggarkan 670 anggota di IPD Petaling Jaya terpaksa menyewa rumah dengan kadar sewaan yang tinggi, melebihi elaun sewa rumah diperolehi.
“Oleh itu, menjadi keutamaan Ketua Polis Daerah (KPD) menempatkan anggotanya yang masih berkhidmat di perumahan kerajaan yang ‘available’ bagi meringankan beban kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Namun, susulan beberapa keping gambar menunjukkan nasib seorang balu anggota berpangkat sarjan yang dihalau serta sebaran maklumat tidak tepat di media sosial, menyebabkan ia diputar-belit tanpa memahami situasi sebenar.
Abdul Samah berkata, mengikut peraturan, jika seorang pegawai atau anggota polis meninggal dunia, balu atau keluarga yang mendiami perumahan polis, perlu mengosongkan atau berpindah keluar dalam tempoh satu bulan.
Namun katanya, atas dasar kebajikan dan budi bicara, pegawai pemerintah membenarkan balu Allahyarham mendiami perumahan kerajaan itu sehingga tiga bulan dari tarikh kematian suami.
“Bagaimanapun, sejak kematian suami pada 24 Disember 2013, balu Allahyarham terus mendiami rumah tersebut sehingga hampir 15 bulan secara percuma," katanya.
Beliau berkata, tindakan mengosongkan unit rumah itu terpaksa dibuat memandang penghuni terbabit enggan berpindah keluar atas alasan seorang anaknya masih menuntut di Universiti Malaya.
“Beliau juga didapati tidak mengendahkan surat pemberitahuan pertama yang dikeluarkan pada 23 Jun 2014 serta notis kedua pada 23 Februari lalu oleh KPD Petaling Jaya.
“Sikap enggan bekerjasama dan tidak mempedulikan notis di samping tempoh masa begitu lama, KPD Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim mengarahkan anggotanya memasuki rumah berkenaan dan memindah keluar barang-barang milik balu terbabit,” katanya.
Menurutnya, balu berkenaan sudah dihubungi, namun ketika itu sedang bercuti di Ipoh, Perak.
“Kesemua barang dan peralatan rumah yang masih baik diasingkan dan bukannya dilakukan secara kasar dan rakus seperti digambarkan dalam laman sosial terbabit.
“Malah, pihak polis menyediakan lori bagi tujuan pemindahan ke mana sahaja lokasi dikehendakinya,” katanya.
Allahyarham Sarjan Azman yang bertugas di Cawangan Gerakan, IPD Petaling Jaya, meninggal dunia, 24 Disember 2013 akibat kemalangan jalan raya. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak berusia 16 hingga 23 tahun.
Walaupun selepas kematian suami, kebajikan balu Allahyarham sekeluarga diberi perhatian termasuk bantuan dan imbuhan berjumlah RM147,000 serta pencen bulanan RM2,333.
Selain itu, Allahyarham juga meninggalkan harta sepencarian antaranya sebuah rumah di Ipoh dan kereta jenis Perodua Myvi.
kredit : sinarharian

0 comments:
Post a Comment