Saya telah menyaksikan pertembungan peringkat suku akhir Piala AFC 2015 diantara pasukan dari negara saya iaitu South China menentang kelab Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) sebentar tadi.
Saya menulis kenyataan ini untuk melahirkan rasa kesal South China yang mewakili Hong Kong boleh tewas kepada sebuah pasukan yang baru berusia tiga tahun.
Saya dengan ini secara terbuka mengkritik Persatuan Bolasepak Hong Kong kerana telah MEMALUKAN Hong Kong apabila membenarkan South China sebagai wakil dalam kejohanan itu.
SUMBER BLOG COPY DAN PASTE DARI
Sebagai bekas jaguh bola sepak yang pernah mendominasi pertandingan-pertandingan di Hong Kong, saya berhak untuk melontar pandangan ini diatas profesionalisme saya.Sehubungan itu, saya mempertaruhkan nama baik saya selaku tokoh bola sepak Hong Kong mendesak Persatuan Bolasepak Hong Kong dirombak serta merta.
Saya juga berasa terpanggil untuk mengkritik jurulatih South China kerana gagal mengarahkan pemainnya mengekang penyerang JDT, Safee Sali dengan baik.
Sikap jurulatih kita memandang rendah keupayaan pemain ini akibat kegagalan Persatuan Bolasepak Hong Kong memandang serius kajian yang pernah saya kemukakan mengenai Safee Sali.
Saya dalam kajian itu secara terperinci menyebut walaupun Safee Sali dikritik hebat sebilangan penyokong Malaysia sendiri, tetapi beliau sebenarnya memiliki rahsia tersendiri.
Saya nyatakan dengan jelas dalam kajian itu bahawa Safee Sali sebenarnya sengaja berpura-pura kurang cemerlang di liga sendiri bagi menyembunyikan kehebatannya yang sebenar untuk aksi di pentas antarabangsa.
Malangnya, kajian yang saya kemukakan itu tidak dipedulikan oleh Persatuan Bolasepak Hong Kong selama ini.
Akibatnya Safee Sali mengganas di gelanggang kita dengan penuh gah malam ini.
Saya dalam kajian itu turut menjelaskan pasukan dari Hong Kong tidak boleh memandang rendah Safee Sali kerana beliau dan rakan-rakannya di Johor memiliki skil yang dapat menyaingi skil Shaolin Soccer pemain kita.
SUMBER BLOG COPY DAN PASTE DARI
Skil itu adalah skil Kuda Kepang.Kajian saya mendapati skil Kuda Kepang ini sangat berbahaya kerana membolehkan seorang pemain berlari dan menendang seperti kuda sekali gus menewaskan sepakan padu maut Shaolin yang kita bangga-banggakan selama ini.
Justeru, saya melalui kenyataan ini menyeru semua pemain bola sepak di Hong Kong supaya mempelajari dan memahami skil Kuda Kepang di Johor ini agar dapat bersaing dengan mereka pada masa depan.
Sekian terima kasih. Semoga Persatuan Bolasepak Hong Kong atau singkatannya FAM mengambil peduli teguran saya pada kali ini. Sepakat membawa berkat.
Yang benar,STEPHEN CHOW
0 comments:
Post a Comment