Memetik laporan Mstar Online, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, menyifatkan insiden berkenaan yang menjadi viral di laman sosial itu sebagai 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.
"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.
"Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," katanya.
Bagaimanapun selepas mikrofon berkenaan jatuh Ziana dilihat tampil profesional dan tidak cepat melatah dengan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan 'That's it, Thank You!'.
Ketika itu, tetamu yang hadir terus berdiri dan bersorak di atas sikap profesional penyanyi itu.
"Sebagai seorang penyanyi, insiden seperti itu adalah perkara biasa yang dilalui oleh mana-mana individu di atas pentas termasuklah selebriti bertaraf antarabangsa."
"Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar. Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan," ujarnya. - SUMBER
0 comments:
Post a Comment