Lelaki bernama Indrasyah Aiman, dirakam menghina golongan jururawat secara terbuka dan tersebar di laman sosial sejak malam tadi.
Punca sebenar tidak dikenal pasti, namun dipercayai mempunyai kaitan dengan isu yang melibatkan jururawat baru-baru ini.
"Panggil nurse la sebab kalau dikira-kira, nurse ni kuli la! Takkan nak marah doktor? Doktor tu kena hormat, gaji dia besar, belajar tahap tinggi. Korang nurse-nurse ini taraf hamba abdi jer. Ada pula bandingkan nurse dengan doktor. Akal ada ke?
"Kalau sakit, bukan nurse yang berbakti, doktor itu yang kena hormat. Nurse ini umpama hamba abadi dan kuli batak jer. Kelas SPM jer. Kalau doktor, belajar tinggi. Dah kerja kita macam tu, kenalah buat. Bukannya nurse-nurse ini ikhlas sangat pun," katanya.
Facebook Indrasyah yang sempat discreenshot sebelum dinyahaktifkan
Alangkah biadabnya manusia seperti ini. Apakah dia tidak tahu, doktor tidak mampu merawat pesakit yang ramai jika jururawat tiada atau sebaliknya?
Kedua-dua kerjaya ini saling memerlukan dan ya, memang doktor belajar lebih tinggi namun tidak wajar memandang rendah pada kerjaya jururawat kerana mereka juga pakar merawat. Doktor dengan perawatannya, jururawat dengan perawatan.
Menurut seorang jururawat lelaki, Nick Iman, tidak wajar membanding bezakan kerjaya doktor dengan jururawat kerana kedua-dua perkerjaan itu saling memerlukan antara satu sama lain.
"Kami dengan perawatan kami. Doktor dengan perawatan dia. Doktor hanya merancang tetapi jururawat yang melaksanakan dan beberapa prosedur yang kami juga akan membantu doktor.
"Dah nama duduk sebumbung, tak salah bantu membantu. Jangan hina kerjaya kami," katanya.
Orang awam yang tidak tahu selok belok pekerjaan orang lain, usahlah berlagak pandai menilai pekerjaan mereka. - SUMBER
0 comments:
Post a Comment