Searching...

PULANGKAN BAYI SAYA


Baru saja merasai kehadiran bayi sendiri selama dua bulan, namun si ibu ini telah dipisahkan dengan bayinya sendiri.

Begitulah nasib seorang ibu yang dinafikan haknya menjaga zuriatnya sendiri.

Kisah dan gambar yang dikongsikan oleh Dwan Inzaghi di laman Facebook, menarik perhatian netizen dan ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap ibu muda berkenaan.

"Kembalikan Muhammad Raqib Rayyan kepada ibunya. Lihatlah wajah suci anak comel yang tidak berdosa ini. Baru berusia 2 bulan tetapi sudah dinafikan haknya untuk mendapatkan susu ibu serta kasih sayang.

"Anak ini dirampas secara kasar daripada ibunya sendiri. Bukan orang lain tetapi oleh ayahnya sendiri serta datuk dan juga neneknya. Begitu kejam sekali tindakan mereka.

"Si ibu sudah mengalah sehingga meminta keluarga suaminya membawa bayinya ke balai polis untuk disusukan dan kemudian, ambillah kembali. Namun, permintaannya itu tidak dilayan.

"Sangat menyedihkan dengan apa yang berlaku. Masuk hari ini, sudah tiga hari bayi ini terputus hubungan dengan ibunya. Mana hilangnya nilai kemanusiaan?" katanya.

Keadaan si ibu yang penat selepas berjumpa pelbagai pihak untuk mendapatkan bantuan tapi belum ada yang boleh membantu...

Difahamkan, pasangan berkenaan menghadapi masalah keluarga. Namun keluarga sebelah pihak suami masuk campur sehingga tergamak mengambil tindakan seperti itu.

Laporan polis juga telah dibuat, malangnya polis enggan campur tangan kerana ini adalah masalah rumahtangga.

Menurut Inzaghi lagi, kes pasangan itu juga telah dipanjangkan ke mahkamah dan kini menunggu keputusan mahkamah.

"Sementara nak tunggu keputusan mahkamahlah yang bimbangnya. Apa bayi itu minum? Ibu bayi ini menderita dan silap-silap boleh meroyan kerana tertekan," katanya.

Jelas Dwan Inzaghi, dia berkongsikan nasib malang yang menimpa ibu muda ini bukan bertujuan mencari salah mana-mana pihak, tetapi untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan si kecil selain dari memastikan kesihatannya terjaga.

"Tak guna berkeras, bertengkar dan bergaduh sedangkan dalam masa sama kita tak tahu emosi bayi ini. Perlu ada jalan perundingan untuk ibu ini diberi hak untuk menyusukan Raqib. Tak kisahlah sama ada di bawah pengawasan mana-mana pihak yang boleh bertindak selaku orang tengah.

"Dalam masa yang sama, kes mahkamah boleh diteruskan dan kedua-dua belah pihak boleeh tampil dengan hujah masing-masing. Apa-apa keputusan nanti perlu diterima dengan hati terbuka," katanya.


Wajah sugul baby Raqib Rayyan ketika ditinggalkan ibunya yang ketika itu mendapatkan rawatan di Hospital. Gambar dua- percubaan Opah Raqib untuk mencuba susu botol kepada cucunya tapi Raqib enggan menerima.

Dalam kes rumahtangga, walau apa pun yang terjadi di antara suami dan isteri, jangan sesekali menjadikan anak sebagai mangsa keadaan. Jika sewaktu mula perkenalan boleh terjalinnya hubungan itu dengan baik, mengapa tidak diakhiri dengan jalan yang baik juga? Sama-sama kita doakan agar pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. - SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!