Searching...

Anwar Masih Ada Gelaran Datuk Seri Dari Tiga Negeri

Antara senarai pingat dan darjah kebesaran yang dimilik Anwar Ibrahim -

  • Darjah Seri Utama Negeri Sembilan -
  • Darjah Utama Pangkuan Negeri/P.Pinang -
  • Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu/Sabah -
  • Dan Lain-Lain lagi.
 
*Satu hilang 10 mariii...Anwar masih mampu tersenyumm gembira..



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan memberi sebarang ulasan berhubung keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menarik balik gelaran 'Datuk Seri' dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Saya tak ada komen,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) konsep sewa dan milik, di Foyer SUK, di sini, semalam. 

Sementara itu, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, keputusan Sultan Selangor menarik balik gelaran yang dikurniakan pada 1992 itu tidak menjejaskan Anwar kerana beliau masih memiliki gelaran Datuk Seri dari tiga negeri. 

“Meskipun Selangor menarik balik pengurniaan Datuk Seri kepada Anwar, namun perkara itu tidak menjejaskan perjalanan PR kerana gelaran hanyalah penghargaan. Jika diberi kita ucap terima kasih. 

“Namun ia bukan penghalang kepada PR untuk terus bertindak dan melaksanakan tugas kepada rakyat. Ada atau tidak gelaran PR akan terus bertindak berdasarkan perlembagaan, perjuangkan rakyat dan melaksanakan reformasi sebagaimana yang kita harapkan,” katanya. 

Setiausaha PKR Selangor yang juga Adun Batu Caves itu menyatakan kehilangan gelaran 'Datuk Seri' yang dikurniakan Selangor itu juga tidak mengubah posisi Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana lantikan jawatan itu tidak bergantung kepada gelaran yang dianugerah negeri.- SH

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!