Seorang lelaki telah mengalami cedera parah selepas dibelasah, dilibas dan ditikam dengan objek tajam dalam satu kejadian di Bachok, Kelantan.
Mangsa telah dilibas dengan sabit di bahagian belakang leher sehingga menyebabkan telinganya putus separuh. Mangsa juga ditikam dengan sabit di bahagian belakang badannya.
Punca kejadian ngeri tersebut dipercayai bermula apabila mangsa kantoi berzina dengan isteri orang. Suami wanita itu yang naik berang terus menyerang mangsa dengan sabit sebelum menikam bahagian belakang badannya.- mymediahub
0 comments:
Post a Comment