Searching...

Nak Tau Kenapa Kena Bayar Sampai Beratus Ringgit Masuk Legoland Malaysia?

Yahoo! Jom Ke Taman Mega Legoland Malaysia. Siapa tak gembira kalau dapat tiket percuma kan? (tiket percuma tak termasuk water park).

Cumanya, cuaca ketika itu tidak menyebelahi kami berlima (5) dengan keadaan hujan renyai diikuti pula dengan turunnya hujan lebat menyebabkan kami mengambil keputusan untuk makan terlebih dulu sebelum masuk ke Taman Mega Legoland sementara menunggu hujan berhenti.

Tak lupa juga kepada salah seorang daripada rakan kami yang telah memberikan tiket secara percuma ke Taman Mega Legoland Malaysia. Dapat jimat di situ takdelah kena bayar sampai beratus. Kalau tak ada tiket percuma mungkin ambil masa nak ke Legoland, silap-silap memang takkan pergi Legoland.


Apa Yang Menariknya Legoland?

Ada beberapa tempat menarik dalam Legoland yang telah kami explore dan antaranya adalah seperti berikut:

THE BEGINNING

Ini adalah bahagian yang pertama dan permulaan dalam Legoland. Di sini juga terdapat The Big Shop yang merupakan kedai terbesar barangan buatan Lego  di Asia. Kalau nak beli lego toys kena pusing-pusing Legoland dulu baru beli.

LEGO TECHNIC
Bahagian ini merupakan kawasan AQUAZONE Wave Racers tapi kami tak naik sebab permainannya biasa-biasa sahaja dengan racer pusing-pusing di atas air sambil mengelak pancutan air. Permainan yang kami naik dalam bahagian ini adalah Roller coaster sebagai permulaan di Legoland.

Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?  Read more: http://www.adarain.com/?p=3166#ixzz3L5GG0GtY
Kawasan Lego Technic
Turut ada LEGO Mindstorms tempat membina bangunan dan robot menggunakan lego yang telah disediakan. Kami masuk tengok-tengok je pastu tanya tandas kat mana then keluar cari tandas. haha :D

LEGO KINGDOMS
Seterusnya ialah Lego Kingdom dengan rekaan istana zaman dulu ala barat. Tempat ini ada dua (2) roller coaster naga. Part ni, kami bertiga lelaki je yang naik, lagi dua (2) orang perempuan dah surrender awal tak nak main roller coster. Jangan tanya kenapa?

Legoland Malaysia bahagian Lego Kingdom
Berada di hadapan Lego Kingdom

IMAGINATION
Next, dah penat berjalan singgah pula tempat ni. Nasib ada pawagam kat sini 4G pula tu. Bolehlah duduk dan tonton sambil berehat. Walaupun jalan cerita biasa je tapi tengok 4G memang nampak real pastu ada pula air plus salji tiruan dari atas turun. Memang sukalah budak-budak dalam pawagam ni yang tengok sampai menjerit-jerit.

Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?
simple pintu gerbang imagination
Dalam kawasan ini juga ada menara serupa menara taming sari di Melaka. Dari atas bolehlah lihat pemandangan seluruh kawasan Legoland termasuk hotel sekali dan water park.

Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?
Pemandangan menarik dari atas.

LAND OF ADVENTURE
Next stage sampai kawasan suasana arab dan kami main Fire laser aka tembak-tembak protect barang-barang berharga dari perompak. Tembaklah sesuka hati pastu tengok markah yang diperolehi hasil tembakan. Tak puas hati dengan point yang dapat pergila main lagi.

Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?

Dalam bahagian ini juga ada satu tempat dipanggil Dino Island, permainan di situ kena naik bot kemudian dibawa naik ke atas, berhenti sekejap di bahagian atas kemudian meluncur laju jatuh memang habislah basah siapa yang naik bot tu. Kami tak main sebab nanti basah, tempat pengering badan ada disediakan tapi limited dan terlalu ramai orang

Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?
Salah satu tempat yang berada di Land of Adventure – Dino Island

MINILAND

Last part, tempat ni lah yang selalu orang ambil gambar lego pastu upload kat media sosial. Banyak tempat menarik yang direka dengan Lego antaranya dari Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei, Filipina, Laos dan seluruh asia. Salah satu tempat yang direka dengan Lego adalah KLCC, Airport, Angkor Wat, Kuil dan banyak lagi.

Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?
Salah satu miniland dari cina. Kota larangan iaitu Istana raja zaman kegemilangan Distani Qing dan Ming pada 500 tahun yang dulu. 

owh yea, yang bestnya ada miniland star wars. Miniland star wars adalah kawasan tertutup tak macam miniland lain yang dilengkapi penghawa dingin. Dalam miniland start wars ni kami menyusuri beberapa part sehingga 6 episod diakhiri dengan jualan lego star wars. Harga mampu tengok je. :D

Nampak butang hijau kat mana-mana miniland tekan tanpa ragu-ragu.


Best Ke tak Legoland?

Best ke? Kalau budak-budak comfirm memang suka habis dengan tempat macam ni lambakkan permainan Lego tapi kalau bagi pendapat aku kira ok lah. Bestlah juga at least dapatlah masuk taman mega Legoland yang dikatakn terbesar di asia. Siapa tak suka kalau dapat masuk sini kan? Janji enjoy.

Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?
Bersama lego yang pemalas! di Lego Kingdom


Read more: sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!