PASIR PUTEH: Ketika sesetengah orang mungkin lebih rela dirogol daripada dicederakan, seorang gadis cantik, Nur Shafiqa Lah, 22, bertindak sebaliknya apabila dia sanggup melawan penyamun sehingga menyebabkan wajahnya ditoreh dengan pisau. Dia sanggup menggadai keselamatan demi menjaga kesucian dirinya.
Berkongsi kembali detik cemas kejadian itu, menurut Nur Syafiqa, dia bertindak melawan suspek yang merompak rumah keluarganya di Kampung Wakaf Berangan dekat sini Ahad lalu kerana suspek cuba mer0g0l dengan mengheretnya ke dalam sebuah bilik.
"Saya terpaksa tanggung kesakitan apabila ditoreh dengan pisau tajam sehingga berlumuran darah di atas katil sebuah bilik selepas suspek terbabit gagal dalam cubaan memperk0sa saya.
"Tindakan saya adalah untuk mempertahankan maruah dan kesucian diri. Saya bersyukur kerana terselamat," luah Nur Syafiqa yang masih trauma.
Dalam kejadian rompakan didalangi dua lelaki yang memakai topi keledar pukul 2 petang Ahad lalu itu, gadis tersebut terpaksa menerima hampir 30 jahitan selepas wajahnya ditoreh salah seorang suspek yang turut berjaya menyamun pelbagai barangan berharga lain bernilai RM10,000.
Ketika kejadian, selain Nur Syafiqa, ibu mangsa, Hat Tema Mat Zin, 58, dan adiknya, Nur Syafatini, 18, turut berada di dalam rumah.
Anak kelima daripada enam adik beradik itu memberitahu dia redha andai parut kesan torehan pisau pada wajahnya kekal berikutan tindakan dia melawan penjenayah tersebut adalah demi menjaga maruah diri.
"Saya berharap suspek yang bertutur dalam dialek Kelantan itu ditangkap segera oleh pihak polis sebelum wanita lain menjadi mangsanya," pintanya ketika ditemui selepas kunjungan prihatin Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang menyerahkan sumbangan RM5,000 kepadanya di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek terbabit.
"Polis yakin akan dapat menangkap kedua-dua suspek dalam masa terdekat kerana percaya mereka tinggal tidak jauh dari kawasan lokasi kejadian," katanya. - KOSMO
0 comments:
Post a Comment