Searching...

3 Individu Menyamar Sebagai 'Pegawai Kesihatan', Tetapi Jual Penapis Air





BINTULU - Beberapa individu dikesan menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Flat Sungai Plan, Blok N kononnya mahu memeriksa tahap kesihatan warga penduduk di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan tiga individu itu yang hanya berpakaian biasa menimbulkan tanda tanya. 

Menurut pengadu, ibunya dihampiri oleh tiga suspek berkenaan dan mahu memeriksa kesihatan mangsa. 

"Diorang cakap dari Kementerian Kesihatan tetapi macam memaksa je. Sebab sebentar tadi mereka menarik tangan ibu saya. Katanya nak memeriksa kesihatan," jelasnya.

Jelasnya lagi, tiga individu terbabit sebenarnya menjual penapis air, Swisspro Water Filter. Namun menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan agar penduduk di situ membenarkan mereka masuk ke dalam rumah dan memeriksa kesihatan mereka. Bagaimanapun, 'pemeriksaan' itu diakhiri dengan cubaan memaksa mangsa mereka membeli penapis air yang ditawarkan.

Ekoran itu, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu akan telah membuat laporan polis bagi mengelakkan orang ramai tertipu dengan taktik penjual penapis air berkenaan.

Jelas pegawai kesihatan terbabit, jika pihak kesihatan bahagian datang membuat pemeriksaan, mereka akan datang dengan berpakaian lengkap sekali dengan vest rasmi Pejabat Kesihatan.

"Jangan sesekali membenarkan mereka yang mengaku sebagai wakil dari Pejabat Kesihatan/Kementerian Kesihatan masuk ke dalam rumah atau membiarkan diri diperiksa oleh mereka demi keselamatan diri," katanya.

Pihak polis Bintulu juga telah mengambil maklum mengenai kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!