Searching...

Sedih : Jenazah pelajar meninggal di Moscow selamat tiba di tanahair

Jenazah Nor Atikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kebakaran asrama di Rusia pada 22 April lepas, selamat tiba di tanah air Sabtu malam dan di sambut dalam suasan sayu oleh tunang dan keluarga.
Pesawat yang membawa jenazah Nor Atikah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam.
Mengiringi jenazah dari Moscow ialah bapanya Alias Yaacob, ibu Najihah Mat Jusoh serta tunang Nor Atikah iaitu Wan Mohd Ikwan.
Van yang membawa jenazah meninggalkan kompleks kargo KLIA pada 10.45 malam dan menuju ke kampung halaman arwah di Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan dengan diiringi tiga buah kereta yang membawa anggota keluarga.
Ketika ditemui pemberita, Alias berkata jenazah Nor Atikah dijangka dikebumikan di Kampung Bukit pada 10 pagi Ahad.
Alias juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam urusan membawa pulang jenazah anaknya ke tanah air, antaranya Wisma Putra, Yayasan Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Nor Atikah, 25, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia di Moscow meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo akibat melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki.
Segala kos untuk membawa pulang jenazah Nor Atikah ditanggung oleh kerajaan Terengganu kerana Allahyarham merupakan pelajar tajaan Yayasan Terengganu, lapor Bernama.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!