PARAGUAY: Tindakan seorang anggota polis di negara tersebut yang menari-nari dengan seorang wanita bogel di sebuah balai polis telah mencetuskan kemarahan rakyat negara berkenaan.
Gambar-gambar anggota tersebut sedang menari-nari dengan wanita tersebut telah tersebar luas menyebabkan satu siasatan besar-besaran telah dijalankan terhadap anggota polis di Paraguay.
Dalam gambar yang tersebar tersebut, kelihatan anggota polis itu telah mengangkat baju wanita tersebut dan gambar itut elah disiarkan oleh akhbar disana.
Menurut sumber gambar itu telah didedahkan oleh seorang anggota polis lain di balai berkenaan kerana mahu kegiatan tersebut tidak berlaku lagi.
“Kegiatan pelacuran, tarian bogel dan banyak lagi aktiviti buruk berlaku di balai tersebut, justeru ia perlu dihentikan,’’ kata sumber gambar berkenaan.
Menurut jurucakap polis, Paulo Alonso berkata siasatan juga ditumpukan bagaimana kejadian itu boleh berlaku di balai polis.
“Kita juga ingin mengetahui sama ada ia merupakan satu kes sahaja atau ia merupakan sebahagian daripada corak tingkah laku,’’ katanya
0 comments:
Post a Comment