Searching...

Yana Mahu Berubah Tetapi Bukan Untuk Menunjuk, Pilih Watak Lakonan Sesuai Dengan Imej Bertudung





Yana Samsudin kini dilihat sudah selesa mengenakan tudung kemana sahaja dia pergi sekarang. Satu perubahan yang amat baik dan sudah semestinya disambut baik oleh rata-rata peminatnya.

Menurut Yana, dalam membawa imej terbarunya itu Fadzil Zahari yang merupakan suaminya telah berpesan agar dia tidak memperbesarkan perubahannya itu kerana ia merupakan perkara sensitif.

“Sebenarnya saya tidak mahu bercerita panjang mengenai keputusan untuk behijab kepada umum.Suami sudah berpesan supaya perkara ini tidak perlu dibesarkan kerana ia subjek sensitif dan bagi saya perubahan yang berlaku merupakan satu benda semula jadi."

Yana juga memberitahu, imej yang baru dibawanya itu bukan untuk menunjuk dirinya sempurna tetapi sebaliknya dia masih mencuba untuk memperbaiki diri ke arah lebih sempurna.

“Kalau pakai tudung tidak semestinya ia menunjukkan sesorang itu sempurna tetapi sebagai manusia kita mesti cuba untuk memperbaiki diri supaya pergi ke arah yang lebih baik,” katanya dipetik mStar Online.

Dari segi kariernya sebagai pelakon pula, Yana memberitahu yang dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijab dansudah semestinya selepas berhijab dia akan memilih watak terutama dari segi penampilan dan perwatakan supaya selari dengan imej baharu ini.


SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!