Searching...

Kantoi!! Polis Ditangkap Henjut Ketika Bertugas


Berikutan perbicaraan dalaman yang diadakan oleh pihak polis, seorang pegawai polis lelaki telah dipecat tanpa notis kerana didapati telah salah laku semasa waktu bertugas menurut polis Devon and Cornwall.


Sarjan itu telah dilucutkan jawatannya selepas ditangkap mengadakan hubungan seks di tempat awam semasa bertugas.

Menurut polis Devon and Cornwall, pegawai tersebut disingkirkan tanpa diberi notis oleh sekutu polis setelah terima aduan rasmi daripada seorang ahli masyarakat.

Pegawai polis yang tidak dinamakan itu, dilaporkan telah mengakui akan kesalahannya yang dianggap sebagai salah laku yang berat dan menjelikkan.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Konstable Russ Middleton berkata “ Kami hendak kelakuan profesional yang tertinggi daripada semua pegawai-pegawai dan kakitangan kami.”

“Dalam kes ini perilaku sarjan bercanggah secara langsung dengan nilai pasukan polis kami dimana kod etika dan taraf profesionalism tidak akan ditoleransi oleh polis Devon dan Cornwall,” katanya lagi.

Beliau turut berkata “ Lebih mengecewakan pada ketika ini adalah kelakuan pegawai seperti ini telah menyebabkan polis dan orang ramai kecewa kerana ianya telah mencalar nama baik jabatan polis.”

Di samping itu beliau juga memberitahu bahawa seorang lagi pegawai polis yang bernama Anthony Taylor, 30, bapa kepada dua orang anak telah dipecat pada awal bulan ini kerana juga mengadakan hubungan seks semasa bertugas dengan seorang lelaki “gay”.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!