Searching...

APA KES..!! NEELOFA NAK BUKAK TUDUNG PULAK?


APA KES..!! NEELOFA NAK BUKAK TUDUNG PULAK?...
Sudah sekian lama Neelofa tidak muncul di layar perak dan hanya memberi tumpuan di dalam bidang pengacaraan. Pada tahun ini neelofa akan muncul filem terbarunya iaitu Pilot Cafe  Filem arahan Osman Ali itu diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah dan bakal menemui penonton pada 30 April ini.

Selain Neelofa, Pilot Cafe turut menampilkan barisan artis seperti Fahrin Ahmad, Remy Ishak, Izara Aishah, Keith Foo, Datuk Eizlan Yusof dan Aishah Ilias.

Sementara itu neelofa ada menerima kritikan daripada pengikut laman sosial kerana isu memuat naik gambar poster filem tersebut.  Menurut neelofa gambar poster yang dimuatnaik dilaman sosial pada waktu itu dia masih belum bertudung atau berhijab dan dia menagatakan bahawa filem Pilot Cafe itu telah menjalani penggambaran pada tahun 2013.



“Bila saya memuat naik poster filem ke Instagram saya, ada peminat yang bercakap kenapa nak letak gambar saya yang tak bertudung di situ. Neelofa jelaskan penggambaran filem Pilot Café tersebut dijalankan pada tahun 2013.




Neelofa menjelaskan perkara tersebut melibatkan banyak pihak dan apa yang dilakukan itu adalah tanggungjawab terhadap naskah tersebut. Selain daripada itu peminat boleh melihat neelofa di dua pandangan yang berbeza.




"Pada saya filem itu dilancarkan pada tepat masanya kerana menerusi filem berkenaan saya adalah seorang yang berbeza dua tahun dahulu berbanding sekarang.- balas neelofa.

"Apa yang ingin saya katakan sesiapa pun boleh berubah dan kadang-kala ia berlaku dalam sekelip masa".




Selain daripada itu neelofa mengatakan pada dua tahun lepas dia cukup berbeza dengan yang ada sekarang ini dan dia hanya manusia biasa dengan itu tidak lari daripada melakukan kesilapan dengan kata lain tidak adil untuk seseorang itu menghukum orang lain.




Jesteru itu neelofa mengatakan kalau boleh beliau hendak edit perkara-perkara yang lepas tetapi apa yang boleh dilakukan beliau iaitu belajar daripada kesilapan.

Saksikan lakonan neelofa yang akan menemui penonton pada 30 April  ini Pilot Cafe  Filem arahan Osman Ali  diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah bersama barisan-barisan pelakon Fahrin Ahmad, Remy Ishak, Izara Aishah, Keith Foo, Datuk Eizlan Yusof dan Aishah Ilia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!