Searching...

Panas!!! Artis Jelita Tempatan Goda Lelaki Untuk ‘Test’ Di Ranjang


Kadangkala tiket selebriti itu nyata suka dimanipulasikan sesetengah artis dan lupa bahawa setiap orang di sekeliling akan sentiasa memerhati. Lebih parah jika niatnya itu menyimpang jauh dari landasan.


 Nyata itulah juga yang SS dengar mengenai seorang artis jelita yang tengah meniti di bibir peminat ketika ini. Rupanya dalam diam dia menggunakan tiketnya sebagai artis untuk melakukan perkara tidak bermaruah.

Dengarnya, artis berkenaan berasa dirinya begitu ‘hot’ sekarang dan umpamanya dia jadi rebutan semua lelaki tampanlah. Bukan main lagi khabarnya dia cuba menggoda beberapa artis lelaki tampan demi kepuasan dirinya.

Bagaimanapun, tujuannya menggoda mereka bukan untuk memikat saja-saja. Ternyata ada agenda lain iaitu mahu ‘mencuba’ artis lelaki berkenaan di ranjang!

Namun bukan mudah nampaknya misi artis wanita berkenaan kerana bukan semua pun senang terpedaya dengan agenda liciknya itu. Bahkan ramai mulai menjauhi dirinya gara-gara sudah tahu akan perangainya yang kurang menyenangkan itu.

SS ada dengar juga mengenai dirinya yang sudah berdampingan dengan beberapa artis lelaki lain. Nasihat SS, janganlah menyimpang daripada niat asal terjun dalam bidang seni kerana perangai sebegitu hanya akan menjerat diri-sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!