Searching...

WAKIL PENGURUSAN DIANA DANIELLE TAMPIL MOHON MAAF DIATAS ISU SEKSI


Wakil pengurusan kepada aktres Diana Danielle iaitu Prokuya Studios yang diwakili Fadzil Zahari tampil memohon maaf kepada semua pihak berhubung isu pemakaian aktres itu sewaktu menjayakan sesi penggambaran dua buah majalah sebelum ini.
Menerusi laporan Berita Harian, Fadzil Zahari yang juga adik ipar kepada aktres berkenaan menjelaskan bahawa yang dia harus memikul tanggungjawab ini, seterusnya membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat yang berasa tersinggung.

Tambah Fadzil, pihaknya berdiam diri sebelum ini bukan kerana ingin lari daripada memberi komen, tetapi mahu membiarkan keadaan reda terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan.

Fadzil Zahari juga memberikan penjelasan atas apa yang berlaku ketika sesi fotografi kedua-dua majalah itu sehingga pihak pengurusan terlepas pandang akan gambar yang dirakam untuk keluaran majalah tersebut.
Menurut suami kepada Yana Samsuddin itu lagi, ketika sesi fotografi, dia atau kakitangan lain dari Prokuya Studios tiada di lokasi. Jadi pihaknya tidak tahu apa yang berlaku hingga edisi berkenaan berada di pasaran.
Gambar itu kemudian membangkitkan kemarahan ramai yang membuatkan pihaknya terpaksa menunggu hingga situasi reda.
Pihak Prokuya Studios juga kemudiannya tidak menyangka selepas itu muncul pula majalah kedua. Walaupun gambar itu tidak seperti yang pertama, ia sekali lagi membuat orang ramai tersinggung. Pihaknya bukan sengaja mahu membakar lagi suasana dengan satu persatu kontroversi.
Fadzil turut menjelaskan pembikinan gambar untuk majalah kedua dilakukan lebih awal, iaitu sekitar awal tahun ini.
Bagaimanapun, Fadzil enggan memberi ulasan ketika ditanya mengenai keberanian Diana bergambar sebegitu serta penerimaan keluarganya berkenaan isu panas hasil sesi fotografi kakak iparnya itu. Dia juga enggan mengulas tentang sebab Diana sukar dihubungi walaupun sebelum kedua-dua kontroversi itu berlaku.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!