Di sini, atas kesalahan menyebabkan kematian seorang daripada tiga beradik dari Alor Semela, di sini, dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Dr Choo Kah Sing menjatuhkan hukuman terhadap penganggur, Mohd Firdaus Mohd Faridul, 20, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, dengan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 15 Januari 2014. Pada 29 Mac lalu, Mohd Firdaus mengaku salah membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di kawasan kawah terbiar di Kampung Alor Senibong, dekat Tajar, di sini.
Pengakuan itu dibuat tertuduh berdasarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib,
manakala tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abd Wahid. Pada 30 November 2013, mayat Noor Syafikah Nadia ditemukan di sawah terbiar dalam keadaan tertiarap dan hanya memakai coli, manakala mayat dua adiknya iaitu Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemukan dalam terusan MADA di Kampung Padang Petani,
dekat Alor Semela, kira-kira 24 jam kemudian. Terdahulu, tiga beradik berkenaan dikatakan keluar daripada rumah mereka pada malam 29 November dengan menunggang motosikal, sebelum ketiga-tiga mereka dilapor hilang.
0 comments:
Post a Comment