Pelakon Chacha Maembong, akui sangat kagum dengan personaliti dan ketabahan kakaknya, Emma Maembong yang kekal postif menghadapi dugaan terutama kisah cintanya yang tidak berkekalan.
Mereka berdua memang akrab dan selalu berkongsi cerita antara satu sama lain terutama gossip dunia hiburan yang diterima oleh mereka dari pelbagai sudut.
“Emma selalu nasihat saya, kalau apa-apa cerita atau kisah-kisah yang negatif mengenai kami berdua, dia mohon saya sentiasa berfikiran positif, jangan mudah patah semangat.
“Saya pun tidak menyangka Emma seorang yang amat cekal hatinya, meskipun kisah cintanya bersama Zizan Razak menerima pelbagai reaksi yang positif dan negatif, Emma berjaya menyelesaikannya,” ujar Chaca.
Dalam pada itu, Chacha juga memberi jaminan bahawa emosi kakaknya adalah sangat stabil dan tidak mengalami sindrom murung yang mengganggu perjalanan kerjaya.
“Emma okay, saya lihat dia gembira dengan apa yang dia ada sekarang, fokus terhadap kerjaya dan keluarga kami, saya selaku adiknya akan sentiasa menyokong dan membantunya dengan apa jua keputusan yang telah dibuat,” selorohnya dengan senyuman.
Mengenai perkembangan lakonan, Chaca bakal membintangi musim terbaru Oh My English musim ke-4 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Buat masa ini, drama Anak ke-5 lakonannya sedang giat ditayangkan di TV 9 setiap hari Rabu jam 8.30 malam yang turut dibintangi Adam Shah, Linda Hashim dan Mustaqim Bahadon.
0 comments:
Post a Comment