Seorang mak nyah tempatan antara 11 pelacur yang dicekup dalam serbuan Ops Noda di premis tiga tingkat deretan bangunan lama di sini, petang kelmarin.
Ketika diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kelmarin, semua pelacur itu cuba meloloskan diri dengan menggunakan laluan rahsia yang diubahsuai dan disambungkan dengan siling premis bersebelahan, namun gagal.
Menurut sumber, semua pelacur itu enggan membuka pintu, sehingga memaksa polis memecahkan jeriji besi premis untuk masuk.
“Kita ambil masa 10 minit sebelum dapat buka jeriji dan menahan mak nyah tempatan itu bersama seorang wanita warga India dan sembilan wanita warga Indonesia yang cuba lari melalui bumbung premis,” katanya.
Sumber berkata, hasil soal siasat awal mendapati pelacur berusia antara 19 hingga 40 tahun itu menyewa bilik di premis terbabit dengan harga RM10 dan mengenakan bayaran serendah RM40 bagi setiap langganan seks.
Sementara itu, Ketua Polis Daerahketika dihubungi mengesahkan penahanan.
0 comments:
Post a Comment