KUALA LUMPUR - Musim terbaru Keeping Up With The Kardashian kembali lagi untuk musim yang ke sepuluh. Jikalau musim terbaru ini mendapat sambutan hangat dan luar biasa, ada penyebab utama menyumbang kepada kejayaan ini.
Semuanya kerana watak utama Kim Kardashian sekali lagi dengan berani mati bergambar secara bogel untuk trailer yang telah menjalani penggambaran baru-baru ini.
“Saya akan menjalani penggambaran dan berbogel hari ini,”pengesahan yang dibuat oleh pelakon berusia 34 tahun ini.
Ibu kepada bintang realiti sensasi ini juga tidak ketinggalan meraikan permulaan musim baru kisah keluarganya itu dengan memuatnaik status di Twitter.
“Adakah anda semua bersedia? Harinya kini telah tiba, episod pertama #KUWTK musim baru akan bermula malam ini di saluran E!,”ujarnya.
Ibu kepada North West ini berdiri di hadapan jurugambar tanpa seurat benang, menutupi sebahagian daripada payudaranya dengan tangan. Rambutnya yang panjang dan hitam dilepaskan kebelakang.
“Kalau saya mengandung dalam waktu terdekat ini, bentuk badan saya akan bertukar lagi. Jadi saya akan menjalankan penggambaran hari ini secara bogel,”kata Kim Kardashian.
Manakala kakak kepada Kim, Khloe juga turut menyiarkan promo untuk musim terbaru ini dan menampilkan krisis identiti yang melibatkan bekas suami ibunya, Bruce Jenner.
Pasangan itu yang telah mengumumkan bakal berpisah setelah Bruce yang juga pemegang pingat emas Olimpik itu ingin menjalani hidup sebagai wanita.
“Kadangkala saya rasa seperti dipisahkan didalam keluarga ini. Kami adik beradik Kardashian di sebelah sini dan adik beradik Jenner di sebelah sana,”ujarnya dalam promo tersebut.
Lebih kurang sehari yang lalu Kim masih lagi dilihat berambut perang sebelum mewarnakan semula rambutnya hitam untuk promo terbaru Keeping Up With The Kardashian ini. Dia dilihat memandu SUV Mercedes hitam miliknya selepas menjemput Kanye West daripada lapangan terbang.
0 comments:
Post a Comment