Searching...

Kashfi Zulkufli Beri Penjelasan Mengenai Isu Baju Emma & Nina


Semalam Lara ada post mengenai busana yang digayakan oleh Emma Maembong di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH2014) seakan-akan sama dengan baju yang pernah digayakan oleh pelakon jelita dari Brunei, Nina Iskandar.

Baca post sebelumnya: Emma Maembong ‘Pinjam’ Baju Nina Iskandar?
Rentetan isu busana yang digayakan oleh aktres Emma Maembong di majlis Anugerah Bintang Popular BH 2014 didakwa seakan sama seperti baju yang pernah digayakan oleh pelakon jelita Nina Iskandar pada tahun lalu, pereka fesyen bagi kedua-dua busana tersebut, Kashfi Zulkufli tampil memberikan penjelasan.
Pereka fesyen yang sedang meningkat naik itu menafikan yang dia menggunakan pendekatan 'recycle' dalam penghasilan baju Emma.
"Semenjak awal lagi, saya sudah duduk berbincang dengan Emma mengenai konsep busana yang dia mahu gayakan. Memandangkan majlis anugerah tersebut tampil dengan tema cinta, kami mengambil pendekatan berbeza kerana definisi cinta itu sendiri sangat luas. Kami bersepakat mengambil unsur cinta kepada alam dan saya telah menjelmakan intepretasi elemen ombak di lautan dalam busana Emma. Ianya boleh dilihat pada warna biru yang digunakan dan volume peplum yang melambangkan ombak," ujar Kashfi panjang lebar.
Tidak pernah terfikir mahu membuat busana yang sama, Kashfi sendiri sebagai seorang pereka fesyen enggan perkara tersebut berlaku.
"Saya sangat serius dalam industri ini. Saya sendiri tak mahu tangkap muat dan mahu orang mengenali saya sebagai seorang pereka fesyen yang mempunyai portfolio baik. Ingin saya tegaskan sekali lagi, busana Emma tidak sama dengan apa yang Nina pernah gayakan. Saya tidak recycle, saya buat busana baru untuk Emma. Cuma apa yang saya masukkan dalam kedua-dua busana adalah trademark rekaan saya. Setiap pereka pastinya ada trademark yang tersendiri. Jika dilihat koleksi fesyen Ready to Wear dan koleksi perkahwinan rekaan saya, semuanya pasti ada embellishment yang menunjukkan itu adalah trademark saya.
"Busana Emma menggunakan elemen peplum, manakala busana Nina pula elemen clean-cut. Busana Emma terhasil atas citarasa Emma sendiri yang digabungkan dengan trademark rekaan saya. Fabrik yang digunakan juga berbeza. Cuma warna sahaja kebetulan sama," kata Kashfi panjang lebar.
Tak kira la apa elemen pun, bagi Lara kalau ubah kaler pun dah cukup ataupun gandingkan warna biru dengan warna selain hitam. Banyak lagi kaler yang boleh mendefinasikan cinta, bukan setakat warna biru dan hitam sahaja. Pelbagai lagi cara yang kreatif untuk mengekalkan trademark dari dianggap pereka copy n paste dan tiada idea tapi mahu popular. Mungkin sebab itu peminat mempertikaikan baju Emma yang kelihatan di recycle menggunakan kain yang sama.  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!