Searching...

Bukan Niat Saya Sorokkan Pertunangan - Adira


Penyanyi putih gebu, Adira Suhaimi menjelaskan yang dia tidak berniat untuk menyorokkan berita pertunangannya. Adira mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin pada 22 Disember tahun lalu di kediaman Adira yang terletak di Sabah.
Berita pertunangan Adira didedahkan oleh program hiburan HLive beberapa minggu lalu.
"Saya bukan mahu merahsiakan tetapi ini adalah permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Bila keadaan sudah okay dan kedua-dua keluarga juga telah okay, barulah berita ini saya ceritakan. Lagipun pertunangan ini berlangsung di saat akhir, semuanya sangat last minutes," ujar Adira memulakan bicara.
Mahu melanjutkan perhubungan ke peringkat serius selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, persiapan majlis pertunangan juga berlaku di saat-saat akhir kerana perkahwinan kakak Adira.
"Kakak saya berkahwin pada 20 Disember dan keluarga Shahrul juga terbang ke Sabah untuk hadir meraikan majlis. Jadi kedua-dua keluarga berbincang, alang-alang sudah terbang ke Sabah, jalankan sahaja majlis pertunangan. Jadi saya bertunang dua hari selepas itu. Selepas majlis pertunangan, keluarga Shahrul terus bergegas ke lapangan terbang untuk mengejar kapal terbang pulang ke Kuala Lumpur," kata Adira ketika ditemui di majlis pelancaran lagu runut bunyi filem Pilot Cafe di Redbox, The Gardens semalam.
Berita pertunangan ini juga secara tidak sengaja menangkis dakwaan yang pernah mengatakan Adira tampil dengan imej bertudung kerana mahu berkahwin.
"Dahulunya selepas saya bertudung kira-kira bulan Ogos tahun lalu, ramai membuat spekulasi yang saya mahu berkahwin. Tetapi sebenarnya tidak, saya bertudung atas kerelaan saya sendiri. Saya bertunang pun pada bulan Disember tahun lalu jadi dakwaan lama yang mengatakan saya berhijab kerana mahu berkahwin adalah tidak benar sama sekali," katanya mengakhiri perbualan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!