Isteri muda Nazri cabar Nedim
Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.
Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.
Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.
“Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri,” tulis Haflin.
Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.
Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.
Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai ‘wanita terdesak’.
Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu. -FMT
0 comments:
Post a Comment