Lara amat terkejut mengenai berita terbaru ini di mana sebuah portal hiburan telah menerima kiriman e-mel daripada peminat yang kurang senang dengan tindakan penyanyi Shila Amzah.
Menerusi e-mel tersebut, peminat itu mendakwa Shila seakan mempertikaikan penggunaan ayat ‘#muahciked’ yang dipopularkan oleh aktres Ayda Jebat.
Portal Murai telah menghubungi Ayda untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan dengan isu ini.
“Saya tahu perkara ini menerusi peminat saya. Sejujurnya, saya rasa pelik. Saya sendiri tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa sebenarnya. Saya merasakan perkara itu adalah benda kecil yang tak perlu diperbesarkan dan tidak patut menjadi isu pun.
“Tetapi, saya rasakan semua orang tahu yang saya menggunakan perkataan ‘#muahciked’ untuk berinteraksi dengan peminat saya. Itu boleh dikira sebagai perkataan saya sendiri untuk bermesra dengan peminat. Semua artis pun ada ayatnya tersendiri untuk berinteraksi dengan peminat,” ujar Ayda memulakan perbualan.
Tidak kisah jika orang lain menggunakan perkataan tersebut, Ayda merasakan perkara itu tidak menjadi pertikaian untuk dirinya. Namun begitu, Ayda mengakui yang perkara itu telah mengguris hati peminatnya.
“Kini saya lihat ramai orang yang menggunakan perkataan yang sama dan tidak ada pertikaian mengenai perkara itu. Saya pun tak kisah orang mahu gunakan perkataan itu kerana ianya tak menjadi satu isu bagi saya. Bila ada tweet mengatakan ‘#muahciked’ menjengkelkan, saya rasa pelik, lagi-lagi dari individu yang mempunyai ramai followers.
"Jika benar ada yang rasa annoying dengan perkara tersebut, seharusnya perkara itu didiamkan sahaja. Sejujurnya, saya sendiri tak kisah jika ada sesiapa pun mahu tweet mengenai perkara itu, saya pun tidak respon perkara tersebut di Twitter tetapi ianya telah mengguris hati peminat-peminat saya,” kata Ayda lagi.
Mengakui yang dia tidak mempunyai masalah dengan Shila dan tidak pernah berjumpa dengan penyanyi itu, Ayda merasakan yang Shila bukanlah saingan untuk dirinya kerana Shila sudah berjaya menempa kejayaan sendiri di peringkat antarabangsa.
“Bila Shila tweet perkara tersebut, banyak peminat yang ‘C.C’ saya. Walaupun saya tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa, saya rasa perkara itu tidak patut. Dia ada banyak pengikut di Twitter. Saya sendiri sebelum tweet apa-apa perkara, saya akan fikir masak-masak terlebih dahulu. Kalau perkara yang tak perlu dan tak patut, saya tak akan tweet.
“Saya sendiri tak ada masalah dengan dia, tidak mengenalinya secara peribadi dan tidak pernah berjumpa dengan dia. Saya sendiri rasakan dia bukan saingan saya. Dia merupakan artis yang sudah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, saya pula hanyalah seorang pelakon yang mula mahu menapak dalam industri. Saya sangat hormati dia sebagai seorang artis senior. Saya enggan memanjangkan lagi perkara ini dan saya harap dengan penjelasan saya, isu ini terhenti,” ujarnya mengakhiri perbualan.
P/s: Dah jadi penyanyi popular pun nak cemburu ke?
0 comments:
Post a Comment