Searching...

Tips Penjagaan Semasa Berpantang

Selepas bersalin, kita mesti menitikberatkan penjagaan semasa berpantang. Biasanya mengikut adat orang melayu, tempoh berpantang ialah selama 40 atau 44 hari. Saya sendiri daripada anak pertama lagi berpantang 44 hari.



Dalam tempoh 44 hari ini, kita mesti menjaga pantang larang lepas bersalin. Nampak leceh dan tidak logik, tetapi sebenarnya bertujuan untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran kita sendiri.

Di entri ini, saya ingin berkongsi bagaimana saya berpantang. Selepas bersalin, saya terus sahaja memakai bengkung walaupun belum pulang ke rumah lagi. Selagi saya tidak memakai bengkung, selagi itu saya tidak akan makan. Selepas pulang ke rumah, saya sangat sibuk menguruskan bayi dan diri sendiri.

Peranan suami sangat penting ketika ini. Jika pulang dari hospital sebelah petang, keesokan harinya awal-awal pagi lagi suami akan bawa bidan untuk mengurut saya. Mengurut ini sangat penting bagi ibu selepas bersalin untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan, melancarkan peredaran darah, melancarkan liang-liang susu dan memperbetulkan urat-urat yang sudah terputus semasa proses bersalin.

Selain itu juga, bidan boleh merasa peranakan kita samaada terletak dalam kedudukan yang sepatutnya atau sebaliknya. Menurut ilmu perbidanan, terdapat pelbagai jenis peranakan. Antaranya ialah peranakan kain buruk (juga dikenali sebagai peranakan jala), peranakan tungku dan peranakan batu.

Peranakan saya ialah jenis batu, iaitu jenis yang mudah terletak di tempat yang sepatutnya. Semasa mengurut, saya suka menggunakan minyak urut berasakan minyak kelapa dara, sebab baunya wangi dan tidak gatal.

Selesai mengurut, saya akan mandi dengan mandian herba yang terdiri daripada akar-akar kayu, daun-daun dan tumbuh-tumbuhan hutan tropika yang terpilih. Tak susah nak cari, banyak terdapat di pasaran. Tujuan kita mandi dengan mandian herba ini ialah untuk mendapatkan kesegaran tubuh badan dan mengembalikan keharuman dalaman tubuh badan kita. Penyedian mandian herba ini mestilah menggunakan air suam.


Selesai mandi saya akan bertungku. Sebelah pagi saya suka bertungku menggunakan tungku besi, kerana kepanasannya tahan lama. Sebelah petang pula saya suka gunakan tunggu herba, yang boleh dipanaskan menggunakan microwave oven.

Kemudian, saya akan menyapu minyak barut di perut. Saya suka guna minyak barut yang berangin dan agak panas. Terasa kesegarannya. Yang terbaru saya guna Fellina Beauty Inch Loss Lotion. Di samping wangi dan panas, ia dapat mengempiskan bahagian perut dan peha saya selepas bersalin kepada bentuk asal.

Setelah siap sapu, barulah saya pakai bengkung. Pemilihan bengkung juga penting. Saya suka memakai bengkung jenis zig zag satu tali. Bengkung itu mestilah menutupi dari bawah payudara hinggalah ke peha. Bila pakai, rasa malas nak buka semula bila nak buang air kecil tu. Memang agak susah sedikit, tapi demi penjagaan diri, saya harungi juga selama 44 hari dengan penuh kesabaran.

Selesai semuanya, barulah saya akan makan. Menu sepanjang saya berpantang adalah lauk yang sama sahaja. Sebelah pagi, saya ambil roti wholemeal dengan kopi radix. Tengahari saya makan 1 senduk nasi beserta lauk ikan selar panggang dan sayur sawi masak air sahaja. Kadang-kadang, tukar menu brokoli, lobak merah, sup ayam kampung dan ayam kampung panggang. Menu bergoreng saya langsung tak sentuh.

Dalam pantang inilah waktu yang paling sesuai untuk saya diet. Sebelum maghrib, saya minum kopi radix sekali lagi bersama biskut jagung Hup Seng dan biskut oat sebagai alas perut sebelah malam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!