Searching...

Emma Maembong ‘Pinjam’ Baju Nina Iskandar?


Ini apa cerita pulak ni pakai baju sama? Eh bila Lara tengok betul-betul, tak sama la tapi eh.... confius!
Insiden ulang tayang busana di majlis anugerah sememangnya tidak harus berlaku, apatah lagi bila melibatkan anugerah berprestij.
Melihatkan penampilan aktres jelita Emma Maembong di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH2014), pelakon itu kelihatan anggun mengenakan busana dalam kombinasi warna biru dan hitam.
Namun begitu, bila tengok saja busana Emma, terus Lara teringat sesuatu.
Busana yang digayakan Emma seakan-akan sama dengan baju yang pernah digayakan oleh pelakon jelita dari Brunei, Nina Iskandar.
Nina menggayakan busana tersebut dalam majlis anugerah yang sama tahun lalu.
Mungkin busana Emma dan Nina tidak sama 100 peratus, tetapi kombinasi warna yang serupa, gaya hijab yang dikenakan oleh mereka yang seakan lebih kurang dan penggunaan aksesori yang seakan sama membuatkan lagi busana tersebut seperti diulang tayang.
Mungkin ada yang tidak perasan busana yang digayakan oleh Emma persis busana yang pernah digayakan Nina tahun lalu, tapi bagi sesetengah penggemar fesyen, mereka pasti alert dengan insiden ini.
Kejadian seperti ini memang tidak harus berlaku, lagi-lagi melibatkan majlis anugerah yang sama. Pereka fesyen seharusnya lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada lain supaya perkara tersebut tidak berulang lagi.
Selepas ini Lara ingat nak jadi pereka fesyen la, bukannya susah pun just copy n ubah ubah sikit design haaa dah jadi satu baju rekaan Lara sendiri hehe.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!