Searching...

Benjy Didakwa Edar Dadah, Sabit Kesalahan Hukuman Mati Mandatori


Tak serik-serik si Benji ni. Berita terbaru yang Lara baca Benji boleh disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati.
Pernah terlibat dengan beberapa kes yang berkaitan dengan dadah, pelakon drama bersiri Kerana Cintaku Saerah, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Benjy sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar sebentar tadi.
Benjy dan rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine pada 27 Mac lepas. Mereka yang tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. 
Ketika mereka berdua mendengar pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza, kedua-dua suspek hanya mengangguk faham tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan. Majistret kemudiannya menetapkan tarikh 28 Mei nanti sebagai hari sebutan semula kes tersebut.
Menurut laporan Bernama, Benjy dan Shariff dituduh mengedar dadah seberat kira-kira 1.3 kilogram. Dadah tersebut telah ditemui dalam kereta jenis Honda Jazz yang dinaiki oleh mereka ketika berlakunya sekatan jalan raya. Kejadian itu terjadi di hadapan stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar pada 27 Mac lalu pada jam 1.40 pagi.
Benji, kali ni kalau terlepas please la berubah cari rezeki yang halal. Jangan merosakkan bangsa. Dadah itu musuh negara!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Back to top!